Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 6, 2010

C.I.N.T.A~P.E.R.T.A.M.A



Assalamualaikum w.b.t...

Kisah ini kisah kami...kisah cinta anak Adam & Hawa...bagaimana bermulanya satu kisah cinta yang biasa tetapi istimewa. Ya....siapa sangka daripada perkenalan yang terjalin di laman sesawang Facebook...kini...menjadi kisah cinta yang murni. Insya Allah...andai tiada aral melintang, mudah-mudahan kisah cinta yang terjalin ini akan terus direstui dan akan terbinanya mahligai indah...

Dia...insan biasa...begitu juga aku...siapa kata kami luar biasa?? Hehehe...bukan superman, batman, spiderman, iron man dan apa jua yang man...man...man...tapi apa yang menjadikan kami luar biasa adalah...kekurangan aku...kekurangan dirinya...yang akhirnya kami satukan bersama untuk menjadi kelebihan kami dan melengkapi satu sama lain.

Dia...berbeza daripada insan lain...cacat??? Bukanlah...maksud aku...dia istimewa...Huh?? Istimewa sama dengan cacat?? Opsss...bukan yang tu la....apa yang aku maksudkan keperibadiannya yang istimewa...Bagi aku dia memang seorang jejaka yang sedap mata memandang...manis...kadang-kadang tu dia sendiri pun perasan dia tu comel...comel ke?? Ah...nantilah kamu semua tengok ya...Dia berusia 26 tahun pada tahun ni...Lahir ada tanggal 23 Jun 1984. Anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Sekarang ni bekerja sebagai assistant engineer di Lembaga Air Sibu. Orangnya tak la memilih sangat makan...sebab tu kadang-kadang berisi jugak...hehehe...tapi dia akan jadi melidi bila aku tak ada di sisi...(tu yang dia kata la...hihihi).

Aku??? Hmmm...pasal aku tak payah cerita panjang-panjang sangat. Cukuplah semua tahu aku sayang dan cintakan dia. Ewh...nak tahu jugak? Oklah...aku berusia 21 tahun...muda 5 tahun daripada dia. Aku lahir pada tanggal 10 Mac 1989. Anak sulung daripada 5 adik beradik. Masih menuntut di sebuah institusi pengajian iaitu Institut Pendidikan...maknanya, aku ni bakal guru la...opsyen yang aku ambil...prasekolah. Hmmm...mungkin cukup setakat ni untuk pembuka bicara...kenal-kenal sikit dengan kami berdua..

Oh ya...lupa pulak nak bagitau....Aku orang Kuching...dan dia pulak orang Sibu...macam mana bertemu??? Heheheh...ikuti kisah kami sampai habis...(macam cerita drama la pulak...hihihi)

2 comments: